Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ketepikan Soal Anak, Prisia Nasution & Iedil Putra Ingin Fokus Pada Karier

Zulaikha Yusof
04/08/2019 22:00 MYT
Isteri kepada pelakon Iedil Putra, aktres Indonesia Prisia Nasution akui perlu ketepikan soal anak kerana ada beberapa kontrak yang perlu dipatuhi.

Menurut Prisia buat masa sekarang mereka ingin fokus pada karier terlebih dahulu.

"Sebenarnya ada beberapa kontrak yang memerlukan saya tidak boleh mempunyai anak buat masa sekarang.

"Lagipun rancangan saya dan suami sekarang ketepikan soal anak dahulu. Kami pun baru tiga tahun berkahwin dan mahu fokus pada karier.

"Insya-Allah kemungkinan tahun depan kami akan cuba untuk dapatkan anak," katanya kepada Gempak.

Prisia ditemui ketika majlis tayangan filem televisyen (FTV) Suatukala - Timun Mas & Ijo yang diadakan di Luxe Hall, One Utama.

Tambah pelakon filem Interchange ini, dia tidak gemar berkongsi kisah peribadi kepada umum.

"Saya sebenarnya seorang yang tidak gemar untuk berkongsi banyak tentang kisah peribadi.

"Namun kalau ada yang bertanya saya akan menjawab. Saya juga ada berkongsi foto bersama Iedil di media sosial.

"Tidak ada yang perlu disembunyikan, kami sudah pun sah menjadi pasangan suami isteri," katanya lagi.

Prisia dan Iedil berkahwin pada 1 Jun 2016 di Bogor Indonesia.

Terdahulu, Prisia pernah berkahwin dengan Ananda Haris Siregar namun bercerai pada 4 Januari 2012.

Kini Prisia sedang aktif mempromosikan filem Suatukala - Timun Mas & Ijo yang bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 1 Ogos 2019.

Selain Prisia, filem Suatukala - Timun Mas & Ijo turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Thalia Ivanka, Fikry Kiki dan Kishok Kumar.

Dengan hanya RM 15.00, penonton boleh menonton filem televisyen (FTV) ini dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Suatukala - Timun Mas & Ijo boleh turut didapati menerusi platform digital, 'On Demand'.
#Iedil Putra #Prisia Nasution
;