Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#Ketibus #Ketibas #Ketitam! Hashtag Lucu Jenama Deodorant Ini Bikin Netizen Terhibur

Firdaus
21/05/2024 14:55 MYT
Kreativiti merupakan antara faktor yang paling penting dalam mempromosikan sesuatu produk.

Guna Hashtag Lucu!

Dalam satu hantaran di aplikasi X, satu jenama deodoran berjaya mencuit hati warganet apabila hashtag yang digunakan untuk setiap produk mempunyai elemen lawak berkaitan ketiak.

Menerusi foto yang dimuat naik, dapat dilihat deodoran tersebut menggunakan singkatan perkataan lucu yang mengkategorikan produk tersebut kepada tiga fungsi berlainan iaitu #ketibus (ketiak busuk), #ketibas (ketiak basah) dan #ketitam (ketiakhitam).

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Ketibas, ketibus sayang...

Tinjauan ke bingkai komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan kreativiti jenama berkenaan di samping ada juga segelintir yang mencipta jenaka sendiri berkaitan produk tersebut.

Antara komen yang diterima:

“Ketibas, ketibus sayang, ketiak awak dah pakai deodoran ke sayang?”

“Hahaha okay lah dia dah describe siap-siap senang nak beli sesuai dengan masalah yang dihadapi,”

“Aku tahan gelak tengok post ni!”

“Menarik pula tiba-tiba rasa nak cuba,”

“Siapa punya idea lah buat hashtag ni?!”

BERITA TRENDING: Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis entri itu meraih hampir satu juta tontonan dan lebih 7,000 hantaran semula di aplikasi X.

Sumber: Platform X

#Viral #Netizen #Twitter #Lawak #Tular #Jenaka #Lucu #x #Deodoran
;