Hiburan

Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan

gempak
Firdaus
17/07/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan
'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan beberapa individu yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berjaya.
Dengan ketabahan dan usaha yang tiada tolok bandingnya, berikut merupakan beberapa individu kelainan upaya (OKU) yang perlu dijadikan contoh untuk berjaya.
1. Zubir Khan
Dikenali kerana kebolehannya menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil, Zubir tidak menjadikan kekurangan fizikalnya menjadi batu penghalang untuk mencipta nama dalam dunia seni. Walaupun mengalami kecacatan pada bahagian kanan tangan akibat kecelakaan, Zubir kini menjadi inspirasi dalam industri muzik negara.
2. Putri Ariani
Ariani Nisma Putri dilahirkan di Bangkinang, Riau, Indonesia pada 31 Disember 2005. Namanya mula dikenal semenjak mengikuti pertandingan Indonesia's Got Talent dan berjaya meraih kedudukan sebagai pemenang.
Putri lahir secara pramatang dalam usia kandungan 6 bulan 18 hari ketika ibunya mengalami plasenta previa. Selepas lahir, Putri perlu dirawat dalam inkubator bayi selama 3 bulan di hospital. Putri kemudian disahkan mengalami katarak setelah dikeluarkan dari inkubator.
3. Daniel Radcliffe
Bintang utama filem bersiri Harry Potter ini menghidap penyakit Dyspraxia tahap sederhana. Dyspraxia adalah kekurangan upaya di mana individu tersebut mengalami masalah otot lemah dan IQ yang rendah sehinggakan tidak mampu untuk mengawal keseimbangan tubuh. Daniel masih lagi mempunyai masalah ini. Sebagai contoh ketika dia mahu mengikat tali kasut dan sering terjatuh ketika berdiri.
4. Michael Phelps
Michael menghidapi penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). ADHD merupakan kekurangan yang membuatkan seseorang terlebih aktif diluar kawalan. Jaguh renang dunia ini sering dimarahi oleh gurunya ketika di bangku sekolah kerana tidak boleh duduk diam ketika sesi pembelajaran di dalam kelas sehinggakan Michael terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan supaya dia kembali normal.

BERITA TRENDING:Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

​BERITA TRENDING:#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

​BERITA TRENDING:#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

​BERITA TRENDING:#Gold: “Kalau Tak Suka Saya Pulangkan Balik Duit” - Adrian Teh

Michael kemudian memilih sukan renang untuk menggantikan ubatan yang diambilnya untuk lebih fokus. Kini dia adalah antara perenang terhandal di dunia dengan 22 pingat termasuk 18 pingat emas menjadi miliknya.
5. Cheah Liek Hou
Cheah Liek Hou merupakan seorang atlet badminton paralimpik negara. Menghidap penyakit Erb's Palsy (kelumpuhan) pada bahagian kanan lengan, kekurangan itu tidak menjadi penghalang untuk Liek Hou apabila dia berjaya menjadi atlet badminton paralimpik pertama yang membawa pulang pingat emas untuk negara Malaysia semasa sukan olimpik yang berlangsung di Tokyo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live