Ketua kumpulan K-Pop terkenal iKON, B.I mengumumkan telah menarik diri daripada kumpulan berkenaan selepas didakwa terlibat dengan kes dadah.

Berita tergempar itu diumumkan sendiri oleh B.I atau nama sebenarnya Kim Han Bin menerusi kenyataan di akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana menyebabkan timbulnya masalah dan juga kritikan umum disebabkan tindakan saya yang tidak bermoral.

“Memang benar… Ketika saya melalui masa yang agak sukar, saya mahu bergantung kepada sesuatu yang saya sepatutnya tidak menunjukkan minat.

“Bagaimanapun, saya terlalu takut untuk melakukannya…Saya sangat malu dan memohon maaf kepada peminat yang tentunya sangat kecewa dan terluka dengan tindakan yang dilkukan oleh saya.

“Dengan ini, saya ingin mengambil masa untuk muhasabah diri mengenai kesalahan yang dilakukan oleh saya dengan mengundurkan diri daripada kumpulan ini.

“Sekali lagi, saya dengan rendah diri dan seikhlas hati memohon maaf kepada peminat dan juga anggota kumpulan saya. Maafkan saya…” tulisnya.

A post shared by 김한빈 비아이 (@shxxbi131) on


Terdahulu, B.I telah didakwa membeli dan menggunakan dadah sekitar tiga tahun lalu.

Pendedahan beserta fakta bukti berdasarkan pesanan Kakao Talk itu dilakukan secara eksklusif oleh portal terkenal Korea, Dispatch hari ini.

Sumber: Soompi / Allkpop