Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ketika Bertemu Teman-Teman…”- Tak Berhijab Di Korea, Ini Penjelasan Model Mualaf Ayana Moon

Syafiqah Jalal
20/07/2022 00:40 MYT
Penampilan pempengaruh dan model berhijab popular yang berasal dari Korea Ayana Jihye Moon yang tak mengenakan tudung seperti kebiasaannya ketika pulang ke negaranya dipersoal netizen.

Ayana yang sering berkongsi kisah penghijrahannya memeluk Islam di media sosial itu dilihat hanya bertopi menutup kepala dan berjaket ‘hoodie’ dalam satu gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Dalam foto berkenaan dia bergambar bersebelahan dengan adiknya yang juga telah memeluk Islam dan bernama Aydin.

Kemas kini itu mendapat perhatian peminatnya dari Malaysia lebih-lebih lagi Indonesia yang rata-rata mempersoalkan imejnya itu kerana bimbang dia tidak lagi berhijab.

Tidak kurang juga yang memberi semangat agar Ayana terus istiqamah meskipun terpaksa menutupi rambutnya dengan gaya yang berbeza.

Bagaimanapun, Ayana tidak berdiam diri lalu turut membalas komen dengan memberitahu ada masa dia terpaksa tampil dengan imej sebegiti di Korea mengikut kesesuaian tempat dan waktu.
“Please not fight here. Saya pakai hijab di Korea kalau saya jalan-jalan sendiri, bertemu orang muslim dan ketika saya pergi ke masjid.

“Tapi ketika saya bekerja, bertemu keluarga dan teman-teman yang tidak suka hijab saya pakai topi kerana hijab memang susah diterima di Korea. Mungkin kerana Islam masih minority dan banyak tak kenal Islam.

“Doakan yang semua untuk saya dan Aydin. Terima kasih, rindu semuanya,” katanya.
A post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana)
#Hijab #Korea #Model #Mualaf #Ayana Moon #Topi #Ayana
;