“Ketika Itu Saya Baru Lima Tahun Syahadah...” - Berlakon Jadi Jenazah, Adam Corrie Rasa Insaf
Mya Amri
29/01/2023 12:44 MYT
29/01/2023 12:44 MYT
Pelakon, Adam Corrie berkongsi satu babak dalam sebuah drama yang dilakonannya lebih 10 tahun lalu.
Menurut Adam, disebabkan pengalaman dikafan itulah, timbulnya rasa insaf dan mengingatkan dirinya tentang kematian.
“Pengalaman 10 tahun lepas di kafankan walaupun ia hanya lakonan… Tapi perasaan insaf dan sedih tiba-tiba muncul.
“Ketika itu, mulalah berkata-kata dalam hati… Cukupkah amalan ku di atas muka bumi. Ketika itu saya baru 5 tahun syahadah.
“Amal ibadat pun tak banyak… Tapi saya tetap usaha untuk kenal Allah dan sayangi Rasulullah SAW,” kongsinya.
Sekadar info, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.
Adam juga pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor pada 2017.
Adam berkahwin dengan Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.