"Ketika Otak Di Atas, Seolah Ada Bertindak Seperti Di Lutut" - Pembaca Berita Awani Jentik Isu Kompaun RM50,000!
Amri Hassan
28/04/2021 08:45 MYT
28/04/2021 08:45 MYT
Negara masih kecoh dengan isu kompaun RM50,000 oleh pihak berkuasa kepada pengusaha kecil, puncanya atas kesalahan berniaga lebih masa.
Mula-mula peniaga burger depan tangga rumah, kemudiannya penjual colek dan terbaharu kedai runcit pula.
Kisah dengan nilai kompaun tidak masuk akal itu mencetuskan ketegangan ramai pihak. Soal ketidakadilan dan rasional menjadi isu yang diperdebatkan.
Pembaca berita Awani juga tidak terkecuali meluahkan kekesalan terhadap tindakan kompaun luar biasa itu dan membidasnya secara halus ketika siaran langsung di kaca televisyen malam tadi.
Kata Luqman Hariz, tindakan itu seperti meletakkan otak di lutut, tanpa mempertimbangkan keadaan dan nasib individu yang dikompaun!
"Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar, ketika otak yang letaknya di atas tapi ada yang bertindak seolah otak di lutut.
"Mengenakan kompaun RM50,000 kepada penjaja kecil yang mana hanya berniaga di kawasan kampung sendiri.
"Usaha itu dibuat kerana menanggung hingga 11 sekeluarga. Sudah pulangan tidak seberapa jumlah kompaun langsung di luar fikiran insan," tempelaknya.
Ujar teman penyampai, Jasmine Abu Bakar, situasi itu barangkali berbeza bagi Neelofa yang turut dikenakan kompaun RM60,000 semalam.
"Tidak seperti selebriti Neelofa, jumlah kompaun RM60,000 mungkin bukan masalah besar baginya.
"Polis dan KKM bagaimanapun tampil memberi jaminan semua peniaga kecil itu boleh kemukakan rayuan," sahutnya.
Video yang tular di Twitter itu mendapat pelbagai respon positif daripada warganet, memuji tindakan berani bersuara kedua-dua penyampai berita itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.