Laman Utama
“Ketua Pelajar, Main Ragbi Pula Tu, Hi Oppa!” - Layan Episod 1 Projek: Anchor SPM, Ramai Rupanya Team Helmi!
Tayangan episod pertama Projek: Anchor SPM Isnin lalu berjaya menghere’ penonton untuk turut sama ‘memasuki’ dunia pelajar sekolah Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA).
Menerusi pemantauan Gempak di media sosial, rata-ratanya menyukai genre ‘coming of age’ yang disifatkan sangat kurang diperkenalkan di Malaysia.
Selain, kebanyakan mereka juga tertarik dengan setiap karakter ditonjolkan dalam drama premium terbitan Astro Originals ini.
Untuk episod pertama, penonton dilihat lebih cenderung untuk menyukai watak ketua pelajar (KP) Helmi yang dibawa oleh Nadhir Nasar.
Seorang pelajar cemerlang dan pada masa sama aktif dalam sukan ragbi, menjadikan Helmi antara aset utama STIA.
“Semua watak dalam Projek: Anchor SPM kita love especially KP dan Aizat”
“Dah la ketua pelajar, main ragbi pula tu, hi oppa!”
“Hello saya team Hlimi”
“Aduh satu hal pula kena tunggu minggu depan tak sabar!,” tulis beberapa netizen.
Jika anda terlepas peluang menontonnya kelmarin, Projek: Anchor SPM juga boleh distrim di platform Astro GO atau On Demand.
Untuk rekod, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam.
Must-Watch Video