Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Keturunan Apa Ni, Indah Sungguh Ciptaan Allah SWT” - Netizen Terpukau Kecantikan Anak Que Haidar & Linda Jasmine!

Hanafis Haris
06/05/2022 08:08 MYT

Kecomelan dan kecantikan dimiliki anak pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine sekali lagi menarik perhatian netizen.

Menerusi sebuah video di TikTok, Que Haidar dilihat melakukan video ‘miming’ bersama dua puterinya yang semakin meningkat dewasa.

Ketiga-tiga mereka kelihatan ceria menggayakan baju melayu dan kebaya sedondon berwarna hitam.

Namun, apa yang menariknya, kebanyakan komen ‘dibanjiri’ dengan pujian terhadap dua anak perempuan Que iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra.

Rata-rata netizen dilihat kagum dengan kecomelan dua orang anak pasangan ini sehingga menggelarkan ada yang menggelar mereka 'barbie doll' dan bidadari.

Malah, ramai juga begitu teruja anak bongsu pasangan itu apabila ramai yang memuji kecantikan matanya.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

undefined

Sekadar info, pasangan Que Haidar dan Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009.

Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haida

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan, hasil perkahwinan sebelum ini.


#Viral #TikTok #Linda Jasmine #Anak Que Haidar