Selebriti kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri menyahut cabaran seorang pengguna laman sosial yang mahukan dia melakukan program percuma Jom Kurus ke 5,000 buah sekolah di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Kevin menerusi akaun media sosial Instagram dan Twitternya semalam.

"I accept your challenge! 5,000 schools," tulisnya bersama paparan skrin cabaran asal pengguna terbabit.

I accept your challenge! 5,000 schools ??? #letsdoit

A post shared by Kevin Zahri (@kevinzahri) on


Membandingkan dengan usaha yang dilakukan oleh sebuah restoran makanan segera popular, cadangan pengguna itu juga demi menghargai sumbangan guru.

"Saya cabar abang Kevin buat macam McD. Buat program percuma Kevin Jom Kurus seluruh sekolah di Malaysia.

"Kalau rasa tak boleh pun, paling kurang 5,000 buah sekolah yang terpilih. Untuk menghargai guru," tulis pengguna itu.

Entri itu mendapat perhatian netizen yang turut mencadangkan nama dan lokasi sekolah masing-masing untuk program percuma itu.

Kevin akan mengumumkan langkah-langkah untuk menyertai program terbabit dan membuka peluang kepada sukarelawan yang berminat dalam usaha murni itu.

Syabas dan semoga berjaya Kevin!