Gaya Hidup

KFC Mula Menjual Baju Pula

gempak
Amri Hassan
23/07/2017
03:03 MYT
Sponsor Banner
KFC Mula Menjual Baju Pula
Lupakan sekejap makanan di KFC kerana kini restoran yang terkenal dengan hidangan ayam itu melancarkan satu koleksi barangan fesyen secara eksklusif. Buat peminat fanatik KFC bolehlah layari laman web untuk mendapatkan barangan fesyen yang mendapat idea daripada hidangan enak mereka. Sejak mula dilancarkan banyak item yang sudah mula habis terjual. Ini diantara barang yang mendapat perhatian The Youth-Phoria.
  1. Rantai Finger Linkin Good – USD12
Cogan kata yang popular itu disemat menjadi rantai. Rantai yang digunakan teknik laser-cut amat sesuai buat mereka yang cukup suka akan ayam KFC. Ia nampak kasual serta mampu melengkapkan gaya muda. Stail segar seperti keenakan ayam KFC!
  1. Stokin Fried Chicken – USD8
Nampaknya semakin sentenglah seluar selepas ini. Kerana pastinya mahu semua orang nampak stokin bercorak ayam yang The Youth-Phoria sarungkan. Stokin dengan corak paha ayam goreng diperbuat daripada material campuran kapas, nylon dan spandex.
  1. Pin Kentucky Fried – USD18
Memang trend sekarang dikalangan golongan muda dengan mengumpul pin-pin unik untuk disemat pada beg atau pakaian mereka. Maka, tambah koleksi anda dengan enam pin menarik oleh KFC yang memberi rasa nostalgia. Tanpa KFC kita tidak kenal erti kerangupan aya.
  1. Baju panas Fried Chicken USA – USD76
Jika orang lain bangga dengan jersi pasukan bola mereka, anda boleh juga bangga dengan restoran kegemaran anda! Sarung baju panas ini dan biar semua tahu mana nak bawa anda untuk first date!
  1. Baju-T Colonel Suits – USD18
Colonel Sanders adalah hero kita! Sarungkan baju-T ini dan mungkin anda dapat menjejak langkah untuk menjadi sepertinya. Tukan jual ayam paling berjaya di dunia! 6. Meteorite Zinger – USD20000 One-of-a-kind! Burger Zinger yang ikonik di KFC dijadikan inspirasi untuk membuat item yang satu ini. Tapi sayangnya ia sudah habis terjual!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024