KFC Mula Menjual Baju Pula
Amri Hassan
Julai 23, 2017 03:03 MYT
Julai 23, 2017 03:03 MYT
Lupakan sekejap makanan di KFC kerana kini restoran yang terkenal dengan hidangan ayam itu melancarkan satu koleksi barangan fesyen secara eksklusif. Buat peminat fanatik KFC bolehlah layari laman web untuk mendapatkan barangan fesyen yang mendapat idea daripada hidangan enak mereka. Sejak mula dilancarkan banyak item yang sudah mula habis terjual. Ini diantara barang yang mendapat perhatian The Youth-Phoria.
- Rantai Finger Linkin Good – USD12
- Stokin Fried Chicken – USD8
- Pin Kentucky Fried – USD18
- Baju panas Fried Chicken USA – USD76
- Baju-T Colonel Suits – USD18
6. Meteorite Zinger – USD20000
One-of-a-kind! Burger Zinger yang ikonik di KFC dijadikan inspirasi untuk membuat item yang satu ini. Tapi sayangnya ia sudah habis terjual!