Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

KFC Nak Bagi Ayam Percuma Untuk 3 Hari! Macam Mana Caranya?

Azwa Rahman
30/11/2021 23:53 MYT
Rakyat Malaysia dan makanan percuma tidak boleh dipisahkan. Dimana ada diberikan makanan percuma, disitu jugalah ramai yang berkumpul. Cuma berbezanya kali ini, makanan yang datang kepada anda apabila dipesan.

Siapa tolak makanan percuma, tambah-tambah lagi kalau hidangannya memang enak dan murah. Istimewa untuk bulan Disember ini, KFC dan Foodpanda bekerjasama untuk menceriakan anda, mereka nak beri 1-ketul ayam percuma!

Macam mana nak dapatkan ayam percuma ini? Caranya mudah sahaja!

Pada 6 hingga 8 Disember ini, KFC dan Foodpanda akan memberikan 1-ketul ayam percuma dengan setiap pembelian KFC Colonel Box hanya di Foodpanda.

Tandakan di bahagian ‘Buy 1 Colonel Box, FREE 1-pc Chicken’ untuk membeli promosi ini dan dapatkan 1-ketul ayam percuma anda.



Kemudian, buat pilihan jika anda mahu mengubahsuai perisa ayam mengikut citarasa anda.



Tawaran ini terhad untuk tiga hari bermula 6 hingga 8 Disember 2021 dan hanya sah di Semenanjung Malaysia sahaja. Ingat, hanya melalui Foodpanda atau muat turun aplikasi mereka di sini.

Jangan lupa tarikh penting ini, beritahu ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan untuk tandakan kalender pada 6 hingga 8 Disember untuk nikmati 1-ketul ayam goreng KFC percuma!
#FoodPanda #Ayam goreng KFC percuma #KFC Colonel Box