Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati, demikian lah pepatah yang sesuai saat perut kita kenyang, lagi-lagi selepas menikmati hidangan kegemaran rakyat Malaysia iaitu KFC.

Malah, satu fakta yang tidak boleh diubah adalah KFC sememangnya menjadi makanan segera pertama yang terlintas di fikiran orang ramai bila ingin merasai makanan yang ringkas, pantas dan paling penting sedap untuk dinikmati seisi keluarga.

Selain itu, restoran KFC juga sering dikunjungi kerana menjadi pilihan utama orang ramai bagi sambutan ulang tahun, perayaan serta peristiwa harian biasa, makan ramai-ramai memang nikmat, sedapnya sampai menjilat jari.

Kini sesiapa sahaja yang hadir ke restoran KFC untuk menikmati hidangan mereka boleh mendapat gantian kalau ayam goreng tidak menepati tahap kepuasan yang berpatutan. betul ke?



Ye memang benar! Hal ini kerana, kepuasan pelanggan menjadi perkara pertama yang dipandang KFC agar mereka yang datang makan di restoran berasa gembira untuk menikmati setiap gigitan ayam goreng.

Justeru, untuk memastikan semua pelanggan berpuas hati dengan ayam goreng yang dibeli, KFC membolehkan pelanggan yang datang makan di restoran untuk menukar ayam yang dianggap tidak berkualiti atau tidak memuaskan.

Kalau korang rasa, ayam goreng korang tak juicy, terhangus, terlalu berminyak, tak lembut, tak panas, atau tiada rasa, jangan risau, anda boleh tukar dengan ayam yang lain. Mudah sahaja, ikut cara ini:

#1 Imbas QR code

Cara pertama adalah, anda hanya perlu mengimbas QR code yang disediakan di atas meja restoran KFC yang anda kunjungi dengan menggunakan telefon pintar anda.

#2 Isi Borang & Hantar

Usai anda mengimbas, anda akan melihat borang yang telah disediakan. Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian tekan butang 'hantar'.

#3 Tebus Ayam Baharu

Langkah terakhir adalah hanya perlu terus ke kaunter KFC, seterusnya menunjukkan halaman "Thank You' pada telefon pintar dan anda akan terus mendapat ganti ayam goreng baharu yang memenuhi citarasa anda.





Wow, tak sangka semudah ABC sahaja rupanya langkah untuk minta ganti ayam goreng yang lagi best. Seronoknya, lepas ini keluar sahaja restoran KFC muka sentiasa senyum sambil usap perut yang kenyang.

Justeru tidak hairanlah, 49 tahun bertapak di Malaysia tetap kekal menjadi jenama makanan pilihan no.1 orang ramai.

Akan datang, kalau ada masalah macam ini lagi, ikut sahaja langkah-langkah di atas untuk dapatkan ayam goreng baharu secara percuma. Anda juga boleh check di sini untuk tawaran yang lebih menarik! Thank You KFC!