Impian penyanyi yang dilahirkan dari program Akademi Fantasia (AF), Khai AF untuk menetap di London bagi menyambung pengajian peringkat tertinggi tidak dapat dilaksanakan.

Khai AF memberitahu impian tersebut terpaksa ditangguhkan apabila isterinya, Rosma AF disahkan hamil anak ketiga mereka.

Khai bersyukur kerana Rosma kini hamil 6 minggu dan meminta semua mendoakan agar kandungan isterinya sihat.

“Alhamdullillah... Syukur keatas nikmat rezekiMu Ya Allah... Kami hanya merancang Engkaulah yg menentukan. Impian sy sekeluarga menetap di London pd sept ini utk sambung belajar tidak dpt dilaksanakan mgkn kami sekeluarga belum btul2 bersedia lg.

“Tapi semua itu ada hikmah disebaliknya, Engkau hadiahkan kami cahaya mata ketiga. Kini Isteri sy sah mengandung utk anak ketiga kami. Kandungan baru dlm 5-6minggu. Doakan kandungan isteri sy dlm keadaan sihat & dipermudahkan segala urusannya. Amin...” tulisnya.

[BACA: “Isteri Pregnant, Suami Mengidam”- Rosma AF Hamil Anak Ketiga?]

Khai berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Khai turut memberitahu dia meminta agar segala alahan dan rasa mengidam isterinya ketika hamil ditanggung sepenuhnya olehnya.

“Yang sy minta. Segala alahan, mengidam biarlah sy rasa dr anak sulung & kedua lg (mcm2 juga lah bila lelaki mengidam ni ). Cuma arwah abah sy pernah bercerita, ngah nk minta semua tu boleh tp “sakit melahirkan anak jgn lah minta sbb hanya perempuan shj yg mampu menanggungnya kaum lelaki belum tentu lg”.
.
Lelaki paling sakit ketika berkhatan (betulkan? ), itu xsama masa melahirkan anak spt 40tulang rusuk dipatahkan serentak tp perempuan tetap nk melahirkan anak lg tp lelaki sekadar sakit berkhatan je tp belum tentu nk berkhatan lg kan... hahaha (ayat ni sumber drpd ustaz ye),”
luahnya lagi.

Bagaimanapun menurut Khai dia bakal merancang untuk menyambung hasratnya menyambung pengajian di London tahun hadapan iaitu selepas isterinya selamat melahirkan bayi mereka.

“Menetap & belajar di London adalah salah satu impian besar sy. Perancangan akan dilakukan semula, InsyaAllah... sy akan cuba pd thn depan pula. Kalau thn ni berempat, thn depan berlima lh kami fly ke sana,” katanya lagi.

Alhamdullillah... Syukur keatas nikmat rezekiMu Ya Allah... Kami hanya merancang Engkaulah yg menentukan. Impian sy sekeluarga menetap di London pd sept ini utk sambung belajar tidak dpt dilaksanakan mgkn kami sekeluarga belum btul2 bersedia lg. . Tp semua itu ada hikmah disebaliknya, Engkau hadiahkan kami cahaya mata ketiga. Kini Isteri sy sah mengandung utk anak ketiga kami. Kandungan baru dlm 5-6minggu. Doakan kandungan isteri sy dlm keadaan sihat & dipermudahkan segala urusannya. Amin.... . Yg sy minta. Segala alahan, mengidam biarlah sy rasa dr anak sulung & kedua lg (mcm2 juga lah bila lelaki mengidam ni ?). Cuma arwah abah sy pernah bercerita, ngah nk minta semua tu boleh tp “sakit melahirkan anak jgn lah minta sbb hanya perempuan shj yg mampu menanggungnya kaum lelaki belum tentu lg”. . Lelaki paling sakit ketika berkhatan (betulkan? ?), itu xsama masa melahirkan anak spt 40tulang rusuk dipatahkan serentak tp perempuan tetap nk melahirkan anak lg tp lelaki sekadar sakit berkhatan je tp belum tentu nk berkhatan lg kan... hahaha (ayat ni sumber drpd ustaz ye) hihi ? . Sambung blk cite, ? Menetap & belajar di London adalah salah satu impian besar sy. Perancangan akan dilakukan semula, InsyaAllah... sy akan cuba pd thn depan pula. Kalau thn ni berempat, thn depan berlima lh kami fly ke sana nnti... Amin... . Sy doakan korang semua capai impian korang juga k. Apa2 pun perkara yg baik kita kena paksa buat. Kalau x paksa & x berkorban tidak akan jadi perkara baik tersebut. ? . Apa impian besar korang lak? . #KhaiRosma #Alhamdullillah #InsyaAllah #Syukur #ImpianJadiKenyataan #MyFamily #LoveMyFamily #FeelTheChange

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on