Hiburan
Khai Bahar Jadi Penyanyi Bukan Nak Popular
Penyanyi kelahiran laman YouTube, Khai Bahar akui menjadi penyanyi dan memasuki industri muzik secara serius bukan kerana populariti.
Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharudin, 23, berkata dia mahu mengembangkan bakat nyanyian yang pada satu platform yang lebih besar.
"Saya berada dalam industri ini bukan sebab nak popular sahaja, saya hanya ingin tunjukkan serta kembangkan bakat yang saya ada.
"Target saya adalah untuk berada di pentas yang besar seperti Anugerah Juara Lagu dan saya idam untuk menyanyi bersama penyanyi lain yang sama pentas," katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai single pertamanya Bayang yang sudah mula didengar di corong-corong radio, Khai memberitahu ia mendapat sambutan yang baik.
"Bersyukur single pertama saya Bayang tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar dan peminat saya.
"Lagu Bayang juga masih berada di tangga pertama carta Muzik-Muzik dan saya bakal keluar dengan single kedua pula berjudul Dari Jauh Sahaja selepas ini," katanya.
Single Dari Jauh Sahaja ciptaan Danny daripada ahli kumpulan Mojo itu bakal muncul pada penghujung Januari.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video