Khai Pernah Kena Perli Miskin, Rosma Tak Dapat Sponsor Selepas Keluar AF
Amri Hassan
17/12/2020 00:45 MYT
17/12/2020 00:45 MYT
Pasangan bintang realiti Akademi Fantasia, Khai dan Rosma mengakui mereka bangkit selepas kerap diperli atas kekurangan diri masing-masing.
Kongsi Khai menerusi ciapan di Twitternya, dia pernah diperli artis miskin hingga nekad untuk memperbaiki diri dan kehidupan menjadi lebih selesa.
Malah, isterinya Rosma juga pernah berdepan situasi tiada pihak yang mahu menaja pakaiannya selepas keluar dari Akademi Fantasia kerana masalah berat badan.
"Dulu isteri saya kena perli sampai tak dapat tajaan masa keluar AF sebab itulah dia nekad nak kurus!
"Saya pula dulu kena perli artis miskin sebab itulah saya nak berjaya dan kaya.
"Jadi, perli itulah punca kami semangat nak berubah! Terima kasih. Lepas ni jangan marah kalau ada orang perli-perli tau," tulisnya.
Mengulas lebih lanjut Khai akui, persepsi masyarakat itu menjadi dorongannya untuk berubah ke arah lebih positif.
"Manusia perlu ada dorongan untuk berubah, kadang-kadang dorongan yang positif itu tak memberi kesan sebab masih lagi dalam zon selesa.
"Bila datangnya dorongan yang negatif, tiba-tiba kita akan terkeluar dalam zon selesa itu sekejap sebab dalam kemarahan (dorongan negatif bermaksud PERLI bukan BULI).
"Masa dalam kemarahan itulah terus nekad berubah kearah yang lebih baik bukan sebaliknya," tambahnya.
Khai dan Rosma mendirikan rumah tangga pada April 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 10, Nur Amani Damia, 5, dan Nur Alya Dhania, setahun.