Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Khairul Aming Bawa 100 Staf Staycation Hotel 5 Bintang Pulau Pinang - "Kita Tutup Kilang 5 Hari"

Ernalisa
12/09/2024 12:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming menghargai 100 orang kaki tangannya dengan menaja percutian di hotel mewah bertaraf lima bintang selama lima hari di Pulau Pinang.

Malah, Aming turut memberikan duit poket untuk dibelanjakan kaki tangannya sepanjang percutian itu.

BERITA BERKAITAN : Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat


​BERITA BERKAITAN : Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

BERITA BERKAITAN : Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

​BERITA BERKAITAN : [VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam


Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, pelbagai aktiviti dilakukan bersama kakitangannya termasuk parasailing, banana boat dan melakukan aktiviti di Escape Park,

“Kita tutup kilang selama lima hari untuk bawa kesemua 100 staf Khairul Aming bercuti di Pulau Pinang.


“Semua staf dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar Georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi.


"Yang penting semua staf dapat berehat and bercuti dengan gembira,” katanya.


Selain itu, Aming turut menghargai kakitangannya menerusi sesi makan malam mewah di hotel tersebut.

Sebelum ini, Aming pernah menaja kakitangannya bercuti di Langkawi hasil kejayaan jualan Sambal Nyet di Kelantan.

Tindakan murni Aming menyantuni kakitangannya itu mendapat pujian daripada warganet, ada yang sempat berseloroh mahu menjadi sebahagian daripada pasukannya.

#Staf #Khairulaming #100 #Hadiahkan #bercutui
;