Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Hasilkan Video Masak Di NZ - “Kalau Pergi Sendiri & Untuk Melancong Tidaklah Semahal Itu”

Asyikin Mayudin
04/09/2024 03:25 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan untuk tiga orang sepanjang menhasilkan video masakan di New Zealand.

Rangkuman perbelanjaan

Khairul Amin atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata jumlah itu merangkumi penginapan, makanan dan tempahan yang dibuat saat akhir.

“Ketika di sana saya banyak menggunakan wang di bahagian penggambaran. Saya ambil rumah inap yang lawa, makanan yang mahal dan banyak benda yang kami buat tempahan last minute.

“Jumlah kami berbelanja untuk tiga orang adalah RM80,000. Tetapi kalau pergi sendiri dan untuk melancong tidaklah semahal itu,” katanya menerusi siaran langsung (live) TikTok bagi menjawab pertanyaan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Peminat Tumpang Bangga! - “Ini Baru Betul-Betul Influencer”

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah & Suara Disalah Guna, Khairul Aming Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer - “Berhati-Hati Sebab Fitnah Makin Berleluasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Banyak DM Lamaran Selepas Tular Video Sedang ‘Solo’, Khairul Aming Kongsi Ciri-Ciri Pasangan Idaman!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

Rata-rata netizen di ruang komen berkata perbelanjaan itu berbaloi selepas titik peluhnya itu mendapat perhatian ramai termasuk Perdana Menteri New Zealand iaitu Christopher Luxon.

“Labur RM80,000 kemudian dapat kunjungan Perdana Menteri New Zealand, memang power la! Tahniah, Alhamdulillah.

“RM80,000 dia habis, memang tempat lawa.

“RM80 ribu, InsyaAllah Allah gandakan lebih rezekinya,” komen netizen.

Terdahulu, Khairul Aming membanggakan seluruh rakyat Malaysia apabila mendapat kunjungan daripada Perdana Menteri New Zealand itu bersempena lawatannya ke negara ini.

Difahamkan pertemuan bersama Christopher merupakan satu bentuk penghargaan daripada New Zealand selepas Khairul Aming banyak menghasilkan video memasak di negara tersebut sebelum ini.

undefined
#New Zealand #Khairul Aming #Khairul Aming perbelanjaan #Khairul Aming video #Kos belanja KA #Perdana Menteri New Zealand #Video masak