HIBURAN

Khairul Aming Double Up! Sedia Lebih Banyak Program Masakan Sepanjang Ramadan - “Hey What’s Up Guyssss”

Asyraf Roslan 24/02/2025 | 14:25 MYT
Siri masakan bulan ramadan daripada pempengaruh dan usahawan popoular, Khairul Aming akan kembali buat tahun kelapan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman menyatakan bahawa tahun ini peminat siri masakan itu akan mendapat sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Kali ini saya dan team letak effort yang lagi lebih sebab kita spend masa lebih dua bulan untuk shoot dan juga edit semua video. Dan tahun ini kita bukan ada 30 resepi tapi 60 resepi sepanjang ramadan.
"Dalam masa yang sama, saya nak fokus juga pada live stream dari bazar ke bazar untuk tunjuk bazar mana yang best dan untuk menyokong penjual,” ujarnya.
Tidak henti disitu, Khairul yang popular dengan penjualan sambal itu juga memperkenalkan siri baharu untuk tontonan pengikutnya iaitu Aming in Oman.
"Selain daripada 30 hari 30 resepi, saya nak bawa jalan-jalan ke Oman. Untuk Oman series ini kita ada lapan episode yang akan saya tayangkan sepanjang bulan ramadan. tahun ini memang banyak content kita prepare untuk anda semua,” tambahnya.
Sekadar info, Khairul Aming juga baharu sahaja merangkul anugerah Content Creator (Foodie) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024.
Dengan undian sebanyak 65.09 peratus Khairul Aming berjaya menewaskan empat pencabar lain iaitu Capikkkkkk, Che Sayang Kitchen, Hazwan Ramli, dan Syiqin Azrin.
#Ramadan #Puasa #Khairul Aming #Digital #Konten