Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Peminat Tumpang Bangga! - “Ini Baru Betul-Betul Influencer”

Asyraf Roslan
03/09/2024 07:22 MYT
Untuk mendapat kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah.

Jika lapan tahun lepas hanya memasak diatas lantai namun tiada siapa jangka bahawa hari ini namanya akan meniti disetiap bibir masyarakat Malaysia dan dunia apatah lagi dapat berjumpa dengan indivdu penting seperti Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

Pempengaruh, Khairul Aming sendiri tidak percaya bahawa Luxon mahu berjumpa denganya yang kini berada di tanah air sempena rangka lawatan rasmi.

Menurut Khairul, perjumpaan itu merupakan satu tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video memasaknya yang telah dirakam di sana baru-baru ini.

“Hari ini saya dan Perdana Menteri, New Zealand berjumpa sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video masak yang kita buat dekat sana,” Katanya.

Menerusi perjumpaan tersebut, Khairul Aming yang juga merupakan seorang usahawan mengambil peluang untuk memperkenalkan kepada Luxon juadah sarapan di Malaysia dan bercakap mengenai peluang pengusaha SME di New Zealand.

“Saya mengambil peluang untuk memperkenalkan kepadanya sarapan Malaysia dan juga bertukar pendapat mengenai pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, ekport daging halal dan bahan tenusu serta potensi ekports produk lokal ke New Zealand. Ujarnya menerusi hantaran di Instagram. ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah & Suara Disalah Guna, Khairul Aming Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer - “Berhati-Hati Sebab Fitnah Makin Berleluasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Banyak DM Lamaran Selepas Tular Video Sedang ‘Solo’, Khairul Aming Kongsi Ciri-Ciri Pasangan Idaman!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”

Perkongsian Khairul itu mendapat banyak reaksi daripada netizen.


@Wak Doyok: ??? power.. duta masakan melayu malaysia..

@Miamiftah: Rakyat paling berquality di anugerahkan kepada Khairul Aming. Confirm next jd Dato!

@Tymfatimah: ???? power!!!! Ini baru betol2 influencer

@Dianaamdzki: MasyaAllahhh hebatnya anak Melayu kita Alhamdulillah ??

@Mie_Jafri: This is what we call an influencer.. ❤️


Khairul juga sempat berpesan kepada semua supaya terus berusaha kerana kita semua tidak akan tahu kemana hidup akan membawa kita.

#PM New Zealand #Khairul Aming #Christopher Luxon