Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Khairul Aming Kembali Dengan Siri 30 Hari 30 Resipi Sempena Ramadan, Netizen Tak Sabar Nak Terliur!

Azwa Rahman 15/03/2021 | 10:09 MYT
Personaliti media sosial Khairul Aming kembali dengan siri 30 Hari 30 Resipi bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba untuk tahun keempat berturut-turut.
Menerusi laman sosial Instagram, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi teaser siri tersebut untuk tatapan umum.
“Hari ni genap 30 hari lagi countdown untuk puasa. 30 Hari 30 Resipi akan kembali untuk tahun ke-4 and this time it will be bigger. See you on the first day of puasa,” tulis Khairul sebagai kapsyen video.

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Lebih menariknya lagi, video promo berdurasi satu minit ini turut menampilkan personaliti-personaliti media sosial popular lain seperti Azfar Heri dan Fathi Hussein.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang sudah tidak sabar menantikan 30 resipi ini dan mengambil inspirasi untuk mencuba sendiri resipi tersebut di rumah.
Tak sabarnya nak terliur time puasa,” kata seorang wargamaya.
This makes me so happy,” komen seorang wargamaya.
Perghhhh ada Azfar Heri,” tulis seorang wargamaya.
Dah ready dah kesabaran menonton resipi masakan dia ni masa panas terik bulan puasa japgi hahaha,” usik seorang wargamaya.
This makes me feel the excitement for Ramadan,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir satu juta tontonan daripada wargamaya.
#Ramadan #Khairul Aming #Video memasak #30 Hari 30 Ramadan
;