Hiburan

Khairul Aming Kongsi Punca Masuk Hospital - “Ini Jangkitan…”

gempak
Umirah Halim
10/12/2024
03:27 MYT
Sponsor Banner
Khairul Aming Kongsi Punca Masuk Hospital - “Ini Jangkitan…”
Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi punca penyakit yang dihadapinya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital baru-baru ini.

Jangkitan

Menerusi satu sesi siaran langsung, Khairul atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, memaklumkan faktor utama dirinya mengalami cirit birit adalah disebabkan jangkitan.
“Ini jangkitan, tak pasti daripada makanan yang tak bersih ataupun jangkitan air banjir.
“Bakteria banjirlah. Itulah punca kenapa dah empat hari cirit birit tak habis lagi sampai lesu badan.
“Telan pil diarrhea berkotak-kotak pun tak jadi apa,” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Situasi Sangat Kritikal, Kena Cepat, Saya Minta Maaf” - Khairul Aming Mohon Maaf Tak Sempat Nak Bergambar, Beri Fokus Pada Mangsa Banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan, Netizen Suka Tengok Cara Kerja Khairul Aming - “Itu Pentingnya Education, Sistematik Kerja”
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Masak, Redah Banjir Agih 1,200 Pek Makanan: “Ramai Mangsa Berpindah Sehelai Sepinggang”
Dalam pada itu, Khairul sempat berkongsi pengalaman serupa yang pernah dialaminya sewaktu menjalankan misi bantuan banjir di Bentong suatu ketika dahulu.
“Dulu buat juga misi bantuan banjir pergi ke Bentong bersihkan rumah mangsa banjir.
“Lepas tu KA (Khairul Aming) terpijak kaca sampai luka. Tapi luka tu kecil. Tapi lepas tu jadi bernanah teruk sampai kena pergi hospital,” ujarnya.
Sekadar info, Khairul Aming sebelum ini dikejarkan ke hospital sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024