Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Khairul Aming Masak Menu Sahur Meriah Macam Hidangan Berbuka, Netizen Kagum! - “Nak Jadi Isteri dia”

Azwa Rahman 14/04/2021 | 07:56 MYT
Personaliti media sosial Khairul Aming mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi menu sahur masakannya yang enak sehingga namanya Trending di laman sosial Twitter.
Menerusi laman sosial yang sama, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memuat naik menu sahur yang dinikmatinya pada Ramadan pertama dan kedua untuk tatapan umum.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khairul yang tinggal bersama teman serumahnya turut berkongsi dia bangun seawal 4.30 pagi untuk memasak menu sahur.
Sementara itu di ruangan balas, ramai wargamaya yang kagum dengan semangat memasak Aming yang memasak menu sahur meriah seperti hidangan berbuka puasa.
Aming ni apa lah rahsia dia rajin masak time sahur ni, banyak pulak tuh lauk dia masak. Aku bangun capai apa yang ada je.. punya lah malas,” komen seorang wargamaya.
Sahur je kotttttt.. Janganlah seksa kami,” usik seorang wargamaya.
Bila Khairul Aming nak kawin? Aku nak jadi wife dia,” ujar seorang wargamaya.
Macam mana nak apply jadi housemate minmin ek?” tanya seorang wargamaya.
Aming masak lauk sahur macam lauk berbuka. All looks so delicious and make me hungry again tau,” kata seorang wargamaya.
Gila bangun 4.30 masak haeven macam ni. Aku bangun 4.30 buat air je..tetiba Bilal dah test2 mic,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, menu hidangan sahur Khairul telah mencecah hampir 10,000 ulang ciap dan 30,000 tanda suka oleh warga Twitter.
#Ramadan #Khairul Aming #Menu Sahur
;