Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Khairul Aming Ucap Goodbye 110KG, Siapa Kata 'Tukang Masak' Tak Berjaya Kurus

ZULHILMI JALIL
01/01/2021 05:50 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi berita gembira apabila misinya untuk menurunkan berat badan pada 2020 berhasil.

Menerusi satu hantaran di Instagram, influencer yang popular dengan video masakannya itu memaklumkan bahawa dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam tempoh setahun.

"Goodbye 15kg. 1 Jan 2020 aku ada buat azam untuk turunkan berat badan. Ini hasil pada 31 Dec 2020.

"Terima kasih kepada semua yang sokong perjalanan sihat saya @amingnaksihat . Jom sama-sama kita teruskan untuk 2021 pula okay!," katanya.

Dalam entri berkenaan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman itu memuat naik video berdurasi 1 minit 55 saat yang memaparkan transformasi dirinya yang dicapai menjelang hari terakhir tahun 2020 semalam.

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)


Video yang dikongsikan kepada lebih 2.7 juta pengikutnya itu memaparkan momen-momen dan segala aktiviti yang dilakukan demi mencapai azamnya sejak hari pertama 2020 dengan berat 110 kilogram.

"Hari itu buat ujian darah doktor kata aku punya kolestrol sangat tinggi. Jadi, dia minta aku fokus untuk turunkan berat badan aku.

"Saya cuba yang terbaik, ini hari pertama. Kepada future Aming, aku harap kau kau dapat kuruskan badan, sihatkan badan, aku harap kau berjaya, kalau kau berjaya, tahniah, we did it.

"Terima kasih sebab tak putus asa, aku nak cakap yang kau sudah lakukan terbaik!," katanya yang berkongsi semula rakaman video yang diambil pada 1 Januari 2020.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang mengakui terinspirasi dengan kesungguhan yang ditunjukkannya itu.

Bahkan, ramai yang memuji usahanya dalam mencapai misinya untuk menurunkan berat badan.

"Wow, sangat memberi inspirasi. Tahniah, selamat tahun baru," tulis pereka fesyen Hatta Dolmat.

"Tahniah bro, Aku tahu macam mana rasanya bila puas hilang berkilo-kilo berat badan. Teruskan usaha untuk jadi lebih sihat," komen salah seorang pengikutnya.

"Terinspirasi. Aku mulakan esok, Doakan aku berjaya. Nak badan baru, nak cari kerja baru yang lebih baik," kata seorang netizen lain.

Jadi, sempena tahun baru 2021 ini, jom sama-sama kita pasang azam untuk terus jalani gaya hidup yang lebih sihat!

#Personaliti Media Sosial #Kurus #Berat Badan #Khairul Aming
;