Laman Utama

Khairulaming Tenang Jawab Isu Minyak Banyak Dalam Masakan: “Boleh Kurangkan Tapi Tak Sedap…”

gempak
Maliah Surip
03/04/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
Khairulaming Tenang Jawab Isu Minyak Banyak Dalam Masakan: “Boleh Kurangkan Tapi Tak Sedap…”
Kalau sudah namanya seorang Influencer berpelajaran, beri maklum balas kepada isu kontroversi yang melanda pun jadi sedap didengar.
Itulah yang dilakukan oleh content creator masakan terkenal negara, Khairulaming berhubung isu resipi sambal hijau yang disifatkan seorang pakar perubatan bukan makanan sihat kerana mengandungi minyak berlebihan.
Tidak melatah apa lagi cuba menegakkan benang yang basah, Khairulaming menerusi video berdurasi sekitar 4 minit 22 saat menjelaskan tentang tindakannya berkongsi resipi masakan yang menjadi trademarknya sepanjang Ramadan.
Khairulaming memulakan video tersebut dengan menzahirkan ucapan terima kasih dan mengaku terbuka menerima teguran juga kritikan terhadap setiap perkongsian resipinya.
Namun menyentuh tentang isu terlebih minyak dalam resipi sambal hijau yang dikongsikan baru-baru ini, kata Khairulaming itulah realiti sebenar bagaimana masakan disediakan di luar.
“Saya mahu bercakap dari sudut dua perspektif. Pertama sebagai seorang yang ada masalah obesiti dan kedua sebagai content creator masakan.
“Dari segi content creator masakan, kenapa saya tidak kurangkan minyak atau gunakan bahan masakan yang sihat, saya boleh buat. Tapi hasilnya tidak akan sedap macam yang original,” kata Khairulaming seperti dilihat Gempak dalam video yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, @khairulaming.
Tambah pemuda tersebut, dia menyediakan bahan dan cara-cara memasak kerana itu adalah realiti masakan di luar disediakan.
“Dengan adanya cara memasak, seperti itulah makanan disediakan di luar. Masak sambal kena ada minyak banyak supaya pecah minyak dan begitu juga masakan yang lain.
“Saya hanya berkongsi (cara memasak), tetapi keputusan di tangan anda, saya tidak boleh kawal.
“Bila sudah masak, selalulah ikut selera masing-masing. Apa yang paling penting sebenarnya adalah jaga portion (kawal pengambilan makanan),” katanya lagi.
Sebelum mengakhiri video, Khairulaming terus menekankan agar seseorang sentiasa menjaga kadar pengambilan makanan yang diambil.
“Ingat jaga kesihatan, jaga portion dan jaga keselamatan,” katanya tenang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live