Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Khas Buat Photo & Food Hunter!! Pastikan China & Turki Tempat Wajib Dilawati

Zulaikha Yusof
03/09/2019 08:13 MYT
Nak makan di China atau di Turki atau kedua-dua sekali?

Destinasi pilihan di China pada kali ini adalah Guilin. Kalau anda tidak tahu, Guilin adalah destinasi yang popular dengan tarikan landskap semulajadi yang pastinya menjanjikan peluang untuk penggemar jurugambar profesional mengabadikan potret hasil kunjungan ke negara yang mempunyai kepadatan penduduk paling ramai di dunia ini.

Keindahan panorama yang disajikan kepada anda bagaikan bayangan taman syurga untuk anda merehatkan minda dan diri dari kehidupan realiti serta ditemani keunikan budaya kaum minoriti di situ.
Mengembara ke kawasan terpencil di Yangshuo untuk menikmati keindahan kawasan luar bandar China.

Makanan halal akan disediakan kepada anda sepanjang anda berada di sini jadi anda tidak perlu penuhkan beg anda dengan bekalan makanan dalam tin.

Kosongkan bagasi anda kerana kita akan membeli belah di sepanjang Oldest Street dan West Street untuk bawa pulang barangan kraf tangan sebagai ole-ole untuk keluarga dan rakan.

Melayari sepanjang Sungai Li untuk menikmati keindahan semulajadi dan melihat keunikan pelbagai staliktit di Gua Jinshui dan akhiri dengan menonton persembahan Guilin Mirage oleh penduduk tempatan.



Pakej percutian ini termasuk dengan: Berkunjung ke Turki pasti anda sudah membayangkan detik - detik indah sambil menikmati kopi panas berlatar belakangkan bangunan bercirikan seni bina negara Timur Tengah ini.

Tarikan utama di Turki mestilah di Istanbul di mana pengunjung akan dibawa ke Topkapi Palace, Spice Bazaar, Roman Hippodrome dan Grand Bazaar.

Menaiki belon udara panas di Cappadocia, berjalan di sepanjang Salt Lake dan Underground City pastinya memberikan pengalaman yang menakjubkan untuk percutian anda.

Menziarahi ke kawasan bersejarah Bandar Kuno Hierapolis di Pamukkale, Masjid Hijau, Makam Hijau, Masjid Besar dan Pasar Sutera, anda juga boleh membeli-belah.

Tidak boleh dilupakan Turki merupakan syurga makanan manisan dan jangan risau anda tidak akan mempunyai masalah untuk mencari makanan halal.

Pelbagai lagi tempat yang menarik boleh anda lawati di bumi Turki ini yang sememangnya menjanjikan 1001 pengalaman yang indah. dan tidak akan dilupakan.

Anda boleh memilih pakej Turki yang bersesuaian dengan bajet anda:

5 Hari 4 Malam Di Istanbul & Bursa Tour 8 Hari 7 Malam Di Turkey Heritage Tour 8 Hari 7 Malam Di Turkey Muslim Tour 6 Hari 5 Malam Di Istanbul Bursa Canakkale Edirne Di Sepanyol pula ada pelbagai masakan unik yang harus dicuba. Yang paling popular adalah Paella yang boleh didapati di sesetengah restoran Sepanyol di Malaysia. Tetapi untuk rasa yang paling asli, anda mestilah cubanya di Sepanyol kerana ia dibuat dari negara tersebut.



Selain itu, Gazpacho adalah makanan Sepanyol yang anda boleh cuba. Ia dihasilkan dengan mengisarkan tomato merah, minyak zaitun, lada, bawang putih, timun, dan roti.

Seterusnya, ia disejukkan sebelum dihidangkan. Dalam musim panas, semangkuk Gazpacho pasti akan menyegarkan hari anda.



Di samping itu, anda patut cuba Tortilla Española. Tortilla Española adalah makanan tradisi masyarakat Sepanyol yang berasaskan telur yang seakan sama dengan telur dadar di Malaysia.

Telur yang diadun bersama kentang, bawang, lada dan garam adalah juadah yang mudah disediakan oleh sesiapa sahaja tidak kira anda warga tempatan ataupun pelancong. Variasi juadah ini amat mudah didapati di setiap kawasan bandar.



Dengan pakej yang ditawarkan oleh Sedunia Travel, anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Royal Alcazars of Seville, Alhambra di Granada, dan Cordoba Mosque.

Hubungi pejabat Sedunia Travel hari ini dan lakukan tempahan anda sekarang di talian 03-2148 4566 (Asia) / 03-2142 0222 (Western) / 03-2141 5259 (Muslim) atau layari laman sesawang www.seduniamattafair.com / www.gempak.com/etravelfair/Agensi/Sedunia%20 travel untuk pilihan pakej yang lebih menarik. Anda juga boleh hantar e-mel ke contact@sedunia.com.my untuk lakukan tempahan.






#Advertorial #China #Turki
;