Khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.
Sinar Daily melaporkan, perkara itu disahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang memberitahu kontrak kedua-dua mereka telah ditamatkan.
Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas mengenai punca penamatan kontrak kedua-dua mereka.
"Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini," katanya kepada Sinar Daily.
Kedua-dua pelakon tersebut dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 November tahun lalu dengan pelantikan itu diumumkan sendiri oleh Saifuddin.
Sebelum memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan, Ahmad Idham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pebadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Saifuddin dilapor berkata, Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.
Eizlan pula, katanya tidak asing dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Sumber: Sinar Daily
Gempak
Fri Mar 04 2022


Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian

“Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen
Bukan yang biasa tapi guna bahan premium tau.

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil?
Ramai yang terkejut...

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”
Bukan betul-betul pun

Lisdawati Kongsi Pengalaman Pernah Cedera Ketika Penggambaran - “Saya Jatuh Kuda, Nak Angkat Badan Pun Tak Boleh”
Kena sentiasa jaga diri sendiri.

“Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan” - Ustaz Azhar Idrus Dibenarkan Pulang
Alhamdulillah.

“50 Peratus Persiapan Sudah Dilakukan” - Mimi Lana Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle
Semoga dipermudahkan

Pelakon Filem John Wick, Lance Reddick Meninggal Dunia
Salam takziah buat keluarga...

Ditidurkan Akibat Pendarahan Dalam Kepala, Stacy Mohon Doa Orang Ramai Buat Kesembuhan Abang
Semoga cepat sembuh