Laman Utama

Khong-Khaek, Filem Seram Islamik Pertama Thailand Masuk Pawagam Malaysia! - "Ada Pelakon Nampak Kelibat ..."

gempak
Amri Hassan
03/11/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Khong-Khaek, Filem Seram Islamik Pertama Thailand Masuk Pawagam Malaysia! - "Ada Pelakon Nampak Kelibat ..."
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan besar apabila menjadi filem seram Islamik Thailand dan berjaya melakar sejarah sendiri apabila meraih kutipan pecah panggung sejak ditayangkan di negara terbabit pada September lalu.
Enggan mengecewakan para peminat filem seram di Malaysia, Yusrych Global Sdn Bhd membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment ini ke pawagam seluruh Malaysia mulai 2 November 2023.
Pengasas Yusrych Global Sdn. Bhd., Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari trailer rasminya menjadi viral sehingga tiga juta tontonan dan diperkatakan orang ramai di media sosial.
“Saya percaya filem ini akan pecah panggung apabila ditayangkan di Malaysia, tambahan pula kutipan di Thailand sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.
“Kalau melihat pada komen pula, rata-ratanya ramai yang teruja nak menontonnya dan tertanya-tanya bila akan tayang di Malaysia. Apapun akhirnya terjawab apabila filem ini akan ditayangkan pada 2 November ini,” ujarnya.

Isteri mengadu dengar bunyi aneh!

Sementara itu, menurut pengarah filem ini, Kriangkrai Monvichit, idea untuk menghasilkan filem ini tercetus setelah isterinya yang suka menulis skrip bersendirian mengadu yang dia sering terdengar bunyi yang aneh dan berasa bulu romanya meremang secara tiba-tiba.
Hasil dari perbualan itu pasangan tersebut sepakat untuk menghasilkan sebuah filem seram dan akhirnya terhasil skrip filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse.
Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin untuk filem berkenaan kerana mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan jin.

Gangguan mistik di set penggambaran

Kriangkrai juga tidak menafikan terdapat beberapa kejadian seram dan pelik sepanjang penggambaran dilakukan.
“Ada pelakon yang mengalami gangguan, misalnya ketika pelakon utamanya, Golf berbaring, dia merasakan seperti ada orang berbaring di sebelahnya tetapi apabila dia menoleh, tiada sesiapa di situ.
“Selain itu, ada seorang lagi pelakon iaitu Lee Ping dan beberapa orang kru ternampak suatu kelibat yang pelik sehingga mereka tidak mahu meneruskan penggambaran,” ujarnya.
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse dibarisi oleh para pelakon hebat Thailand seperti Golf-Akara Lucas, TubFm-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong, ThiF Phoom-on, Sontana Chitmanee, Hakeem Dhanawicit dan Ahmad Kasemiyah Dolah.

Sinopsis Khong-Khaek: The Djinn’s Curse

Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Win yang berhijrah bersama keluarganya ke sebuah wilayah terpencil di Selatan Narathiwat apabila merasakan yang keluarga mereka itu seperF diganggu jin.
Di sebalik mahu mencari perlindungan daripada gangguan yang dialami mereka, ternyata keluarga berkenaan terjerumus dengan bahaya yang lebih besar.
Win bersama isteri dan dua anak perempuannya, Mina dan Lin masih terus mengalami gangguan yang menyeramkan.
Mampukah Win melindungi keluarga yang disayanginya daripada gangguan makhluk jahat yang penuh misteri itu? Apakah punca dan rahsia yang bakal terbongkar di sebalik gangguangangguan makhluk halus atau jin yang menyelubungi keluarga tersebut?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live