Hiburan
Khuatir Salah Bual, Rose BLACKPINK Takut Cakap Bahasa Korea
Anggota kumpulan K-Pop Girl’s Day Hyeri mendedahkan rakan baiknya, Rose (BLACKPINK) gementar untuk bertutur dalam Bahasa Korea.
Hyeri mendedahkan perkara itu menerusi program tvN Amazing Saturday yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Hyeri, perkara itu terjadi disebabkan Rose khuatir ayat digunakan ketika bertutur tidak bersesuaian dengan situasi yang berlaku.
“Rose mempunyai masalah untuk membezakan sama ada ayat yang dituturkan itu bersesuaian dengan keadaan atau pun tidak.
“Dia masih lagi belajar mengenai ayat apa yang patut atau tidak untuk diucapkan ketika berbual dalam Bahasa Korea.
“Jadi apabila dia menggunakan bahasa itu, jika ada yang mentertawakannya secara tidak langsung Rose menjadi takut untuk berkata-kata kerana khuatir ayatnya salah,” jelas Hyeri.
Terdahulu, Rose yang juga merupakan anggota kumpulan BLACKPINK ini telah membesar di New Zealand dan Australia.
Manakala bahasa pertuturan utama yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.