Hiburan

Khunsa: Sherry Alhadad Tak Pernah Terfikir Berlakon Watak Mak Tiri Jahat! - "Agak Stress Sebenarnya"

gempak
Amri Hassan
26/03/2024
08:50 MYT
Sponsor Banner
Khunsa: Sherry Alhadad Tak Pernah Terfikir Berlakon Watak Mak Tiri Jahat! - "Agak Stress Sebenarnya"
Cuba lari daripada stereotaip pelawak, Sherry Alhadad akui tertekan untuk menjayakan peranan Che Ton, seorang ibu tiri jahat dalam drama rantaian popular Khunsa.

BERITA TRENDING: Khunsa: Sherry Ketuk Kepala Azhan Rani Pakai Senduk Kayu, Suami Jadi Bodoh Kena Sihir!

Jelas Sherry, dia tidak pernah terfikir akan diberikan tanggungjawab menggalas peranan tersebut dalam naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
"Tak pernah terfikir sebab saya jenis yang main watak komedi. Even bawa watak mak tiri pun, watak mak tiri yang komedi.
"Dan sebenarnya agak stress walaupun kita ada impian nak berlakon luar dari kebiasaan, tak nak stereotipikal, tak nak stereotype.
"Takut nak bawa tapi bila diberi watak lain dari yang lain, kita pula datang perasaan di mana takut penerimaan penonton.
"Takut penonton kata 'tak boleh kalau Sherry bawa watak sedih tapi tetap nak gelak'. Itu cabaran. Tapi saya dapat pengarah yang bagus dan selalu bagi kata-kata positif," katanya.

BERITA TRENDING: Kening Halus Sherry Alhadad Trademark Khunsa! - "Cerita Ini Bermain Dengan Zaman"

Antara lainnya, Sherry turut berdepan cabaran digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat termasuklah Azhan Rani.
"Bila terlalu biasa dan selesa bawa watak komedi, jadi bila ada watak komedi relief, iaitu watak Tu Yah dan Sarimah dalam drama Khunsa, saya pula rasakan best kalau aku bawa watak tu. Ada kacau emosi kat situ.
"Dalam masa yang sama saya kena bagitau diri 'you are Zaiton, you are born to be Zaiton'.
"Dan cabaran kedua, kita pelakon teater, jadi kita sudah terbiasa exaggerate, pergi lebih tapi sebagai Zaiton kena main subtle dari segi expression dan pergerakan. Semua kena jaga. Tu yang susah.
"Cabaran ketiga, saya berlakon dengan pelakon-pelakon hebat especially Azhan Rani kan, macam mana dia boleh berlakon dalam split second.
"Dia boleh tiba-tiba ketawa, menangis, keluar airmata. Kita yang tengah pairing, rasa macam 'adakah level atau par, sama level dengan dia?'
"Kadang rasa aku low dan dia terlalu hebat. Rasa rendah diri. Itu antara cabaran-cabaran watak Zaiton ni," tambahnya.

Sinopsis Khunsa

Khunsa mengisahkan kehidupan Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.
Namun, Che Khun membesar dan cemderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah dan sering memarahinya.
Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menetukan jantinanya secara membabi buta.
Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan ramai lagi.
Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu mula ditayangkan pada 11 Mac 2024 setiap hari Isnin hingg Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live