Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusof mengesahkan sudah menyerahkan kunci rumah untuk kediaman baru To’ki.

Ahmad Syukri menerusi laman rasmi Facebook (FB)nya berkata, kunci kediaman jenis flat tiga bilik itu diserahkan kepada penyanyi Biasan itu semalam (Jumaat).

“Alhamdulillah, hari ini saya mewakili PPZ-MAIWP menyerahkan kunci rumah kepada To’ki sepertimana yang kami janjikan untuk memindahkan To’ki dan isteri ke kediaman yang lebih selesa.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama membantu terutamanya pasukan saya dari PPZ-MAIWP dan sahabat-sahabat di luar sana.

“Insya-Allah kami di PPZ telah menggerakkan pelbagai program tanggungjawab sosial (CSR) yang kami jenamakan sebagai Khaira PPZ. Semoga dengan program ini lebih ramai sahabat yang kurang berkemampuan dapat disantuni,” tulinsya.

Difahamkan kediaman tersebut turut dilengkapi perabot-perabot asas dan To’ki tidak perlu membayar sewa selama satu tahun.

Bagaimanapun ia akan dibincangkan kembali mengikut keperluan.

Ahmad Shukri juga berharap agar To’ki dan isteri dapat hidup selesa di kediaman baru mereka itu.

Artikel Berkaitan: