Kiano Suka Naik Kereta, Baim Wong Hadiahkan Jeep Sempena Ulang Tahun Pertama Anaknya
Maliah Surip
28/12/2020 02:15 MYT
28/12/2020 02:15 MYT
Aktor terkenal Indonesia mengejutkan sahabat dan masyarakat apabila menghadiahkan sebuah Jeep buat anaknya yang menyambut ulang tahun pertama.
Anaknya, Kiano Tiger Wong menyambut ulang tahun pertama pada 27 Disember 2020. Baim dan isterinya, Paula pun merayakan ulang tahun Kiano dengan mengadakan sebuah majlis buatnya di The Tribrata Dharmawangsa, Jakarta Selatan, semalam.
Pada majlis itu, Baim dengan selamba telah menaiki sebuah Jeep yang dipandu masuk ke dalam lokasi dan memberikannya sebagai hadiah ulang tahun pertama Kiano.
Hal itu telah membuatkan tetamu yang hadir terkejut, termasuk pasangan sahabat baiknya, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina yang turut berada di majlis.
Meski demikian, Baim Wong akhirnya mengungkapkan jika Jeep yang diberikan kepada Kiano hanya sebagai simbolik merayakan ulang tahun anak kecil itu.
"Ia hanya simbolik sebab nanti yang gunakan, yang bawa, saya dan isteri juga," kata Baim Wong seperti dilaporkan InsertLive.
Baim Wong mengatakan, biarkan kelak dia atau isteri yang akan memandu, namun oleh kerana anaknya suka menaiki kereta, maka itu menjadi alasan mengapa Jeep itu diberikan kepadanya.
"Kiano suka bersiar siar menaiki kereta dan duduk di kerusi penumpang. Kadang kadang sampai menangis nangis mahu (naik kereta)," kata Baim Wong.
Pelakon itu juga menambahkan dirinya sudah lama menginginkan Jeep tersebut dan akhirnya mampu memilikinya sekarang.
"Sebenarnya Jeep ini merupakan salah satu daripada dua kereta idaman yang sudah saya ingin kan sejak lama. Namun, akhirnya selepas bertahun tahun, saya dapat membelinya," kata Baim Wong.
Baim Wong kemudian mengaku selain dirinya, tak ada yang tahu dia telah membeli Jeep tersebut sebelum majlis sambutan ulang tahun pertama Kiano.
"Ini kejutan. Tak ada yang tahu saya beli. Sebenarnya dari kelmarin tak ada perancangan nak beli, tapi saya beli," katanya lagi.
Paula bagaimanapun mencelah. Model cantik yang sedang hamil anak kedua ini akhirnya 'membongkar' hadiah yang diberikan kepada Kiano, sesuai dengan usianya yang baru mencecah setahun.
"Hadiah ulang tahun sebenarnya adalah set permainan memancing elektronik. Itu yang kami belikan buatnya," kata Paula yang turut mendapat sebuah beg tangan jenawa mewah sebagai tanda terima kasih Baim Wong kepadanya kerana telah melahirkan Kiano.
Instagram: @baimwong