HIBURAN
Kieda Crepe Guna Perkataan ‘Bahan Affordable Tapi Mahal’, Netizen Keliru; “Maksud Affordable Tu Mampu Milik…”
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe berjaya menyorot perhatian netizen selepas menggunakan perkataan ‘affordable’ dalam siaran langsungnya.
Menerusi siaran langsung tersebut, Kieda atau nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra, dilihat sedang menjelaskan bahawa produk yang digunakan untuk produknya adalah "affordable, mahal", namun perkataan ‘affordable’ yang digunakan itu mencetuskan kekeliruan warganet.
@kiedacrepehouse Barang kieda pakai semua premium tau sayang-sayang ku. Nak bagi hampa puas dan berbaloi beli #kiedacrepe 😋😋 @KIEDACREPEPENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE @Kiedacrepepenang2 ♬ original sound - KiedaCrepeHouse
Perkara ini berlaku kerana, maksud perkataan ‘affordable’ adalah “mampu milik,” sedangkan produk yang ingin dimaksudkan oleh Kieda adalah “mahal.”
"Barang (Bahan-bahan) yang saya pakai ni, affordable, mahal," ujar Kieda dalam siaran langsung tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang memberikan nasihat tentang kepentingan penggunaan bahasa yang tepat sewaktu berkomunikasi dengan orang ramai agar dapat menjelaskan produk yang dijual dengan tepat.
“Affordable = mampu milik. Expensive = mahal,
"Serius question... dia ni betul-betul English out ke atau saja-saja cakap macam tu?" komen seorang lagi pengguna dengan nada kecewa.
“Basic English je kak da oii, affordable tu mampu milik, kalau mahal, expensive, ex5 tak silap.”
Selain itu ada yang berpendapat bahawa usahawan itu mungkin tersalah sebut atau tersalah guna perkataan sehinggakan mengakibatkan kekeliruan di kalangan pengikutnya.
Must-Watch Video