Hiburan

Kilafairy Cuak Jumpa Sean Kingston

gempak
Amri Hassan
02/02/2018
12:16 MYT
Sponsor Banner
Kilafairy Cuak Jumpa Sean Kingston
Penyanyi dan pelakon Kilafairy mengakui gementar sepanjang proses rakaman lagu Put The Word In bersama artis Hollywood, Sean Kingston sekitar enam bulan lalu.
Kata Kila, 25, projek kolaborasinya bersama penyanyi antarabangsa itu merupakan kejayaan terbesar dalam hidupnya setakat ini.
"Dia sangat senang untuk bekerjasama dan tidak sombong. Memang pada mulanya saya sangat cuak namun apabila mula bersembang, kami kian selesa.
"Sean seorang yang mementingkan kesempurnaan. Setiap kali selepas proses rakaman dia akan mendengarnya semula dan ulang rakam bahagian yang dirasakan kurang enak baginya.
"Memang benar, bekerja dengan Sean merupakan kejayaan terbesar yang saya pernah capai dalam kerjaya saya," katanya kepada Astro Gempak.
Sepanjang proses rakaman selama dua hari, Kila banyak dibantu oleh penulis lirik dan penggubah lagu Put The Word In, DJ Aku Ash, Bryn B dan Radio3000.
"Saya ingatkan proses rakaman lagu ini lebih lama tetapi Bryn B dan Radio3000 mempermudahkan tugas saya untuk menyanyikan lagu ini," katanya.
Sejak lagu Put The Word In dilancarkan menerusi medium penstriman dalam talian sejak 19 Januari lalu, single itu berada di kedudukan keempat Spotify Malaysia dan Top 30 Spotify Singapura.
Lagu duet itu berjaya menembusi carta iTunes di beberapa buah negara antaranya Indonesia, Taiwan, Filipina dan Belgium.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @kilafairyofficial
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live