Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kilauan Emas 2024: “Benda Berkaitan Hutang Jangan Dibiarkan Tergantung” - Gee Mahu Selesaikan Hutang, Nak Tenang Buat Umrah

Mya Amri
05/11/2024 02:50 MYT
Juara Kilauan Emas 2024, Gie Hamid, 48, merancang menggunakan wang RM30,000 hasil kemenangannya untuk melangsaikan hutang.

Mahu selesaikan hutang


Menurut Gee, dia berniat untuk melakukan perkara itu supaya dapat menunaikan ibadah umrah dengan hati yang tenang.

"Memang jujur, saya nak langsaikan hutang. Tak elok hutang ditinggalkan, nanti tergantung. RM30,000 itu memang nak lunaskan apa yang tertunggak sebab saya sakit pun lama.

"Suami saya pun tak bekerja waktu itu. Jadi, banyak benda tertunggak dan hadiah kemenangan ini dapatlah membantu. Benda-benda berkaitan hutang ini janganlah dibiar tergantung.


"Kita selesaikan semua, kemudian nak pergi umrah pun tenang. Pergi umrah dengan hati yang tak tenang, hutang tak bayar, tapi hutang kat sini tak bayar, tak elok juga. Kita tak tahu apa berlaku dalam perjalanan kita," katanya ketika ditemui Gempak.

Syukur dapat hadiah tunai umrah


Dalam pada itu, Gee juga turut menyatakan rasa syukur kerana dihadiahkan pakej menunaikan umrah.

"Kalau nak pergi sendiri, saya tak mampu. Saya bukan orang senang. Tapi, bila ada pakej umrah ini saya bersyukur sangat," katanya.


Untuk info, Gie menyampaikan lagu Aku Pergi Tanpa Pesan nyanyian asal biduanita negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Gie berjaya mendapat standing ovation penonton termasuklah para juri.

Untuk persembahan kedua pula, Gie menyampaikan lagu duet bersama Sidi berjudul Jangan Menangis Sayang nyanyian asal oleh Safura dan Oney.

Kemenangan itu sekaligus membuatkan Gie menerima hadiah berupa wang tunai RM30,000, pakej umrah dan pakej percutian beserta trofi.

Gie juga turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau of The Week.

#Umrah #Hutang #Kilauan Emas 2024 #Gee
;