KILAUAN EMAS 2025
Kilauan Emas 2025: Dapat Markah 55.17%, Ben Akur Rezeki Hanya Di Minggu Kedua - “Kalah, Menang Saya Terima”
Konsert Kilauan Emas 2025 minggu kedua menyaksikan Ben diumumkan sebagai bintang pertama yang tersingkir.
Kurang penghayatan

Membawa lagu berjudul Sekali Aku Jatuh Cinta nyanyian asal Nassier Wahab, Ben berjaya menyampaikan lagu itu dengan baik.
Bagaimanapun kata juri tetap, Roy Azman, Ben kurang sedikit dari segi penghayatan pada minggu ini.
“Pembukaan memang cantik, persembahan awak pada hari ini ibarat macam saya main golf, pergi cantik sahaja bolanya.
“Tetapi saya nak tegur sikit dari segi penghayatan saya nampak Ben agak sedikit kurang, lirik ini kita kena faham, bila faham jadi ekspresi tu akan keluar ikut muka.
“Key lagu pun main peranan sebab abila dapat key yang betul, awak punya semangat dan enjoy the song akan nampak lebih lagi. Saya harap selepas ini Ben akan lebih menghayati lagu,” komennya.
Akur tersingkir

Ben berada di kedudukan terakhir dengan peratusan markah sebanyak 55.17%.
“Bagi saya ini adalah satu pengalaman dalam hidup saya, kalah menang saya terima. Itu sahaja yang saya boleh ucapkan.
“Terima kasih pada juri juri yang berada di sini, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak," ujarnya.
Selain itu, Kinar yang berada di tangga pertama dengan markah keseluruhan 80.12% turut memenangi Emas Berkilau Of The Week buat minggu kedua Kilauan Emas 2025.
Minggu kedua Kilauan Emas 2025 ini juga diserikan dengan persembahan Aan Ways yang membawakan lagu Warkan Untuk Kekasih dan Wan Lestari dengan lagu Mahligai Air Mataku.
Berikut merupakan markah penuh konsert di minggu kedua:
1. Kinar - 80.12%
2. Zekrai - 77.42%
3.Ezan - 74.20%
4. Leeza - 70..88%
5. Zanie - 65.54%
6. Shah - 65.42%
7. Mazleen - 63.13%
8. Majid - 63.00%
9. Nurul - 62.24%
10. Nawary - 61.21%
11. Vijay - 59.71%
12.Ben - 55.17%
2. Zekrai - 77.42%
3.Ezan - 74.20%
4. Leeza - 70..88%
5. Zanie - 65.54%
6. Shah - 65.42%
7. Mazleen - 63.13%
8. Majid - 63.00%
9. Nurul - 62.24%
10. Nawary - 61.21%
11. Vijay - 59.71%
12.Ben - 55.17%
Kilauan Emas 2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Kilauan Emas 2025 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Barisan juri pula mengekalkan primadona Malaysia, Erra Fazira sebagai juri tetap, digandingkan bersama pelawak Roy Azman dan juri terbaharu bersuara emas, Ning Baizura.
Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Husin sebagai hos Spotlight yang akan membawakan info-info menarik selepas konsert berlangsung dan bersiaran pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
Manakala Keanu Azman dan Sarah Karmila pula diberi tanggungjawab sebagai hos Live+.
Kilauan Emas 2025 turut boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.