Laman Utama

Kilauan Koleksi Penuh Elegan! Dato' Sri Siti Nurhaliza Dipilih Sebagai Wajah Swarovski Raya 2022

gempak
Mya Amri
05/04/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
Kilauan Koleksi Penuh Elegan! Dato' Sri Siti Nurhaliza Dipilih Sebagai Wajah Swarovski Raya 2022
Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik sebagai wajah baharu untuk kempen Swarovski Hari Raya 2022.
Pengarah Urusan Swarovski Asia Tenggara dan India, Lars Schmidt juga berbesar hati mengumumkan Dato' Siti sebagai wajah baharu.
“Dato' Sri Siti Nurhaliza merupakan seorang isteri, ibu dan usahawan yang sangat berjaya. Malah beliau juga dikenali sebagai seorang dermawan, ikon fesyen dan role model yang baik di mata masyarakat.
“Dengan keyakinan dan pesona keanggunan yang dimilikinya kami cukup berbangga mengumumkan nama beliau sebagai wajah kempen Hari Raya kali ini,” katanya menerusi rakaman video eksklusif yang ditayangkan.
Kelihatan begitu anggun dan menawan menggayakan dress labuh rona merah garang, Dato' Siti juga turut menyampaikan lagu berjudul Can’t Take My Eyes Off You pada petang penuh bermakna itu.
Sambil memperagakan koleksi terbaharu Swarovski, Dato' Siti juga menghiburkan tetamu dengan lagu evergreen, Aku Cinta Padamu.
Pada segmen temu bual bersama wanita kesayangan negara ini, Dato' Siti juga mendedahkan sangat menggemari koleksi Swarovski.
“Saya telah lama menjadi peminat tegar Swarovski ini dari dulu lagi. Malah saya sendiri mempunyai koleksi Swarovski kegemaran seperti cocktail ring Lucent dan Millenia bracelet.
“Swarovski terkenal dengan reka bentuk cantik, berani dan saya sukai. Memakai koleksi ini umpama dapat meningkatkan keyakinan diri kepada pemakainya dan boleh di sesuaikan dengan pelbagai jenis majlis serta busana,” katanya.
Cantik kan? Koleksi elegan ini cukup melengkapkan gaya di pagi Syawal nanti.
Kempen Hari Raya Swarovski ini telah pun dilancarkan pada 2 April 2022, koleksi eksklusif Raya ini juga boleh boleh didapati di butik Swarovski atau secara online di Swarovski.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024