Bersempena menyambut ulang tahun ke-25, Astro mempersembahkan ‘Astro 25 Concert’ yang akan membariskan penyanyi dan penghibur terkenal Malaysia serta antarabangsa.

‘Astro 25 Concert’ akan bersiaran pada hari Sabtu, 25 September, jam 9 malam di Astro 25 (Saluran 100) dan boleh juga distrim menerusi Astro GO.

Konsert yang diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan ini membariskan penghibur terkenal antarabangsa seperti Jason Mraz, bintang Running Man Kim Jong Kook, Bazzi, Jamie Miller, Pink Sweat$, kumpulan Tomorrow X Together, kumpulan Dewa 19, Once Mekel, Taufik Batisah, kumpulan Mirror Ruco Chan, Gigi Yim dan pelawak Kumar.

Selain itu, antara nama besar lain yang akan membuat persembahan adalah Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Anuar Zain, Liza Hanim, Datuk Hattan, Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, kumpulan Slam, Dayang Nurfaizah, Zee Avi, Misha Omar, Mugen Rao, Harith Iskander dan Hael Husaini.

Tidak ketinggalan barisan penyanyi berbakat seperti Ernie Zakri, Syamel, Haqiem Rusli, Zynakal, Amir Masdi, Naqiu, Siti Nordiana, Sarah Suhairi, Santesh, Azharina, Noryn Aziz, Yoke Chan, Aina Abdul, Vincent Chong, Yonnyboii, Vanessa, Han Byul, Nicole Lai, Tujuloca, MK K-Clique, Lil J, Abigail dan Orga.




Menurut Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, konsert ini diadakan istimewa buat pelanggan dan juga buat bakat-bakat tempatan dalam industri khususnya yang setia menyokong Astro.

“Sebagai sebahagian dari usaha Astro untuk meraikan rakyat Malaysia selama 25 tahun kami berkhidmat ini, kami begitu teruja untuk membawakan ‘Astro 25 Concert’.

“Seiring dengan tema sambutan Astro yang ke-25 tahun iaitu ‘Better Together’, kami percaya bahawa kita semua akan lebih baik jika terus kekal bersama.

“Bakal disiarkan di Saluran 100, semua pelanggan Astro boleh menikmati persembahan terhebat yang kami bawakan secara terus ke rumah anda, ditonton dengan selesa bersama keluarga tersayang,” ujarnya di majlis pelancaran ‘Astro 25 Concert’ yang dianjurkan secara maya sebentar tadi.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan personaliti radio Ean, Arnold dan Aishah Sinclair, ‘Astro 25 Concert’ akan bersiaran selama tiga jam.

Siaran ulangan atau ‘encore viewing’ juga boleh ditonton menerusi platform On Demand, selepas berakhirnya konsert.

Jangan lupa tonton ‘Astro 25 Concert’ pada 25 September ini, jam 9 malam ni Astro 25 (saluran 100) dan platform Astro Go.