Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kim Kardashian Bercinta Dengan Drake?

Asraf Aided
09/03/2021 05:02 MYT
Belum reda isu penceraian pasangan popular Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West, muncul pula spekulasi mengatakan mogul kosmetik itu berkemungkinan menjalin hubungan dengan penyanyi Drake.

Memetik laporan Celebrity Insider, khabar angin tersebut mula 'bertiup kencang' selepas Drake melancarkan single terbarunya berjudul Wants and Needs.

Sebelum ini, ada juga khabar angin mengatakan Kim menjalin hubungan bersama Van Jones, kini giliran Drake pula yang terpalit.

Difahamkan, terdapat bahagian dalam lirik lagu Wants and Needs yang dikaitkan dengan Kim.

Terdapat peminat yang menganggap Kim dan Drake berkemungkinan akan mengenali satu sama lain jika keduanya tiada 'calon' lain.

Bagaimanapun, spekulasi mengenai dua selebriti ini akan kekal menjadi khabar angin selagi tuan punya badan tidak mengesahkan apa-apa.

Terdahulu, Kim secara rasminya memfailkan cerai terhadap Kanye pada 22 Februari 2021 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

#Kim Kardashian #cerai #Kanye West #Drake