Kim Kardashian Jadi Aligator Albino
Maliah Surip
02/11/2024 14:50 MYT
02/11/2024 14:50 MYT
Perayaan Halloween menjadi acara tahunan penting bagi selebriti Hollywood untuk tampil dengan kostum unik.
Kebanyakan golongan yang menyambut Halloween bukan sahaja memakai pelbagai jenis kostum tetapi melakukan ritual berjalan pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat daripada tuan rumah.
Secara umumnya, Halloween adalah perayaan memperingati roh si mati yang disambut oleh penganut agama Kristian dan menjadi hari buat kebanyakan daripada mereka menyambutnya dengan meriah.
Salah seorang selebriti yang tampil dengan kostum unik adalah Kim Kardashian.
Kim membuat perkongsian penampilannya yang penuh unik itu di akaun Instagram. Selebriti tersebut bagaimanapun hampir tidak dikenali selepas menjelma sebagai aligator albino.
Wanita berusia 44 tersebut memilih tampil dengan kostum aligator albino yang diperbuat daripada ‘skintight bodysuit’ dilengkapi prostetik pada bahagian kepala dan ekor.
Penampilan tersebut diinspirasikan daripada filem yang diterbitkan pada tahun 1996. Ia dihasilkan oleh rakan artis, Alexis Stone.
Peminat kemudian menyifatkan penampilan Halloween Kim tahun ini sebagai berani dan sangat epik.