Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian berkongsi foto 'throwback' bersama adik beradiknya, Khloe Kardashian, Kendall dan Kylie Jenner.

Perkongsian yang dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya itu ternyata mendapat perhatian ramai.

Rata-rata peminat Kim dari seluruh dunia memberikan pendapat masing-masing, ada yang memuji, ada juga yang mengatakan wajah Khloe, Kendall dan Kylie kelihatan sangat berbeza berbanding sekarang.

Namun yang mengejutkan, Kylie tampil meminta gambar tersebut dipadamkan segera.

"Padam gambar ini dengan segera," tulisnya di ruangan komen.

Walaubagaimanapun, Kim masih tidak memadam gambar itu setakat ini.

Berdasarkan pemerhatian Gempak, komen Kylie itu mendapat lebih daripada 70,000 tanda suka dari wargamaya.

Babies at Benihana ?

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on




Terdahulu, Hollywood Life pernah melaporkan, Kylie tidak suka apabila penampilannya ketika usia remaja dikongsi di media sosial.