Kim Kardashian Mahu Single Secara Rasmi! Mohon Gugurkan Perkataan 'West' Daripada Namanya

Asraf Aided
Disember 11, 2021 14:44 MYT
Personaliti dan sosialit terkenal Hollywood, Kim Kardashian memfailkan dokumen untuk menjadi wanita yang tidak mempunyai pasangan atau bujang secara rasmi.
Dalam pada itu, Kim juga memohon untuk menggugurkan perkataan 'West' (yang merupakan nama bekas suami Kanye West) daripada namanya.
Pengasas jenama pakaian SKIMS itu dilaporkan berbuat demikian pada 10 Disember lalu.
Memetik laporan HollywoodLife, Kim yang sering menggunakan huruf KKW (Kim Kardashian West) dalam kebanyakan jenama produk solekan dan minyak wanginya berhasrat untuk menggunakan nama asal Kimberly Noel Kardashian secara rasmi.
Dokumen yang difailkan oleh peguam Kim, Laura Wasser itu harus ditandatangani oleh hakim untuk menjadikannya rasmi.
Kim dan Kanye berkahwin pada 2014 dan memiliki empat cahaya mata North, 8, Saint, 5, Chicago, 3, dan Psalm, 2.
Pada Februari tahun ini, Kim secara rasmi memfailkan cerai terhadap Kanye setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Kali terakhir mereka dilihat berada di lokasi dan waktu sama adalah ketika menghadiri acara memperingati pereka jenama Off-White dan Louis Vuitton, mendiang Virgil Abloh di Miami, Florida, 6 Disember lalu.
#Hollywood #Kim Kardashian #cerai #Kanye West