Kim Kardashian Rai Ulang Tahun Kelahiran Ke-40

Asraf Aided
Oktober 22, 2020 15:50 MYT

Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 hari ini.

Kim yang juga isteri kepada rapper terkenal Kanye West itu telah berkongsi semula (repost) banyak ucapan dari keluarga dan kenalannya menerusi Instagram Story.

Antara figura terkenal yang mendedikasikan ucapan adalah ibunya sendiri Kris Jenner, Nicki Minaj, pereka fesyen Riccardo Tisci dan ramai lagi.

Pada masa yang sama, Kim juga telah melancarkan diskaun sebanyak 40 peratus kepada setiap pembelian set solekan jenama miliknya, KKW Beauty.

Difahamkan, diskaun itu diadakan sempena meraikan hari istimewanya itu.

Terdahulu, nama Kim Kardashian mula mendapat perhatian media apabila dikenali sebagai rakan dan jurugaya selebriti terkenal Paris Hilton.

Namun namanya lebih dikenali seluruh dunia apabila mula muncul dalam program realiti Keeping Up With The Kardashians pada sekitar tahun 2007.

#Hollywood #Kim Kardashian #Hari Lahir #Hollywood