Kim Kardashian Semakin Menghampiri Cita-Citanya Menjadi Peguam
Kim Kardashian Semakin Menghampiri Cita-Citanya Menjadi Peguam
Kamaruddin Razal
Fri Apr 19 2019
Selepas selebriti terkenal, Kim Kardashian mengumumkan berita mengejut baru-baru ini yang dia sedang belajar untuk menjadi seorang peguam, bintang Keeping Up With The Kardashians itu akhirnya lulus peperiksaan undang-undang pertamanya, lapor Astro Awani.
Kim dilihat sedang mengikuti jejak ayahnya, Robert Kardashian yang dulu merupakan seorang peguam.
Selepas sehari berkongsikan dengan peminat bahawa dia telah belajar untuk persediaan peperiksaannya, isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu telah memberi kenyataan dia sudah lulus ujian tersebut di laman Twitter rasminya.
Berita itu telah membuktikan bahawa bintang Hollywood itu sedang melalui perubahan kerjayanya dengan serius dan sekaligus membuktikan golongan 'haters' salah.
Kim yang sebelum ini turut memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan sedang bersungguh-sungguh membelek buku yang disertai dengan kapsyen yang panjang menjelaskan untuk belajar undang-undang bermakna dia perlu mengorbankan masa dengan keluarganya.