Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Kim Tae Hee Hamil 15 Minggu, Rain Bakal Jadi Bapa

Mya Amri 23/05/2017 | 15:37 MYT
Penyanyi popular Korea, Rain bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya, aktres Kim Tae Hee dilaporkan hamil 15 minggu.
Perkara itu disahkan oleh agensi Kim Tae Hee, Ruach Entertainment hari ini.
"Memang benar Kim Tae Hee kini hamil dan dia perlu lebih berhati-hati dari masa ke semasa.
"Bagaimanapun, Kim Tae Hee lebih selesa mengumumkan kehamilannya.
"Dia juga percaya itu merupakan salah satu tugasnya untuk memberitahu berita gembira itu kepada mereka yang sentiasa menyokongnya," jelas wakil agensi tersebut.
Terdahulu, pasangan selebriti popular berkenaan telah berkahwin pada Januari tahun ini.
Sumber: Soompi
#Hamil #Hamil #Artis Korea #Kim Tae Hee #Rain
;