Hiburan
Kim Tae Hee Selamat Bersalin Anak Kedua, Rain Dapat Baby Girl Lagi
Pelakon dan juga isteri penyanyi terkenal Korea, Rain, Kim Tae Hee selamat menimang cahaya mata kedua mereka semalam.
Berita gembira itu diumumkan oleh syarikat pengurusan Tae Hee, Story J Company menerusi satu kenyataan rasmi kepada media pada Khamis.
“Kami ingin berkongsi berita gembira mengenai artis kami, Kim Tae Hee dan suaminya, Jung Ji Hoon (Rain).
“Pasangan ini telah telah selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi perempuan pada 19 September bertempat di sebuah hospital di Seoul.
“Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat dan Tae Hee juga sedang menjalani proses berpantang.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada pasangan ini,” kata wakilnya.
Terdahulu, Rain dan Tae Hee telah melangsungkan perkahwinan pada 19 Januari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada 25 Oktober tahun yang sama.
Sumber: Soompi