Kim Tae Hee Selamat Bersalin, Rain Dapat Anak Perempuan

Mya Amri
Oktober 25, 2017 04:33 MYT
Penyanyi terkenal Korea, Rain menyatakan rasa gembira apabila isterinya, aktres Kim Tae Hee selamat melahirkan bayi sulung mereka.
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon mendedahkan mereka selamat menimang cahaya mata perempuan.
Berita gembira itu didedahkan oleh Rain menerusi akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi beserta foto sepasang sarung kaki kecil berwarna putih dengan bunga berwarna merah jambu dibahagian hadapannya.
“Terima kasih… Anak kami merupakan seorang puteri yang sangat cantik. Kami akan menjaga dan membesarkan anak perempuan kami dengan baik, #blesses,” tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen di foto berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat diseluruh dunia.
Mereka juga mendoakan agar Tae Hee dan anaknya berada dalam keadaan sihat.
Rain dan Tae Hee telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Januari lalu dalam satu majlis tertutup.
Foto: Instagram @rain_oppa
Teks oleh: Mya Amri
#Artis Korea #Kim Tae Hee #Rain