Kim Woo Bin Semakin Pulih Sakit Kanser, Baru Selesai Bercuti Bersama Lee Kwang Soo

Mya Amri
Mei 21, 2019 13:06 MYT
Kondisi kesihatan pelakon terkenal Korea yang menghidap kanser, Kim Woo Bin dilaporkan semakin baik.
Malah, Woo Bin dilihat baru sahaja meluangkan masanya dengan bercuti bersama lima orang sahabat baiknya iaitu Lee Kwang Soo, Jo In Sung, Bae Seong Woo, Kim Ki Bang, and D.O EXO.
Difahamkan, Woo Bin rakan-rakannya menghabiskan percutian singkat mereka di Jepun baru-baru ini.
Dalam pada itu, syarikat pengurusan Woo Bin juga melaporkan Woo Bin berada dalam keadaan baik dan kesihatan aktor kacak itu juga semakin pulih.
Bagaimanapun, Woo Bin masih lagi belum memutuskan sama ada mahu kembali berlakon atau terus berehat.
Terdahulu, Woo Bin disahkan menghidap sejenis sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak iaitu kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017.
Bagaimanapun, Woo Bin bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke tempat lain.
Woo Bin yang popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir kemudiannya mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan buat sementara waktu kerana mahu memberikan fokus terhadap penyembuhan penyakit kansernya.
Sumber: Allkpop
#Lee kwang Soo #Artis Korea #Kim Won Bin