Penyanyi rap Caprice kembali menjadi perhatian selepas mengadakan pertemuan bersama personaliti media sosial, King Coco baru-baru in

Menerusi akaun Instagramnya, Caprice telah memuat naik dua hantaran bersama King Coco.

Yang pertama merupakan video yang merakamkan dirinya sedang berbual santai bersama wanita itu dan yang kedua adalah menerusi IGTV dengan tajuk Caprice vs King Coco, siapa lagi pelat.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Bagaimanapun pertemuan kedua-dua menjadi usikan netizen kerana mempunyai persamaan ‘slang’ pertuturan ‘mat salih’ apabila bercakap dalam bahasa Melayu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail tersipu-sipu malu sewaktu berbicara dengan Caprice.

Netizen juga siap membuat tanda pagar #Cocorice sebagai tanda setuju sekiranya mereka berdua dijodohkan.


Terdahulu, selepas tular laporan King Coco bercerai dengan Azrin Anas Abdul Shukor, Caprice tampil memuatnaik hantaran di Instagram, didakwa menyindir dengan ayat yang melampau.

'Boleh tak tolong bagi number Caprice kat dia so boleh video call dalam bilik air' tulis Caprice sebelum menukar kapsyen terbabit kepada 'Hahahah boleh tak tolong bagi nombor Caprice dekat dia, so boleh video call dalam bilik-bilik.... Tuan badan ok'.

BACA: BACA: “Tolong Bagi Nombor, Boleh Video Call Dalam Bilik Air” - Netizen Dakwa Caprice Perli King Coco Melampau!

BACA: "Kau Dengan Dia Bergaduh, Tak Perlu Masuk Aku Sekali" - King Coco 'Sound' Caprice Lepas Kapsyen Sindiran 'Video Call Dalam Bilik Air'

Caprice pada masa sama turut berkongsi perbualannya bersama King Coco di Instagram Stories, menyatakan tiada perselisihan pendapat antara mereka.

Malah, King Coco turut memberikan kata-kata nasihat buat Caprice.